Sejarah Bahasa Melayu
Tahukah anda bahawa asal-usul kaum Melayu, iaitu penutur asli bahasa Melayu, amat kabur kerana sejarah kuno Asia Tenggara masih belum diselidiki dengan teliti. Walau bagaimanapun hasil kajian daripada sarjana tempatan dan Barat, kita dapat mengetahui secara kasar latar belakang dan pergerakan masyarakat Melayu kuno, iaitu nenek moyang keturunan kita sendiri.
Acap kali kita menggunakan istilah ‘bahasa Melayu’, ‘orang Melayu’ atau ‘bangsa Melayu’, kaum Melayu’. Tapi tahukah anda apa itu istilah ‘Melayu’, dan dari manakah asal-usulnya? Pada peringkat awal, istilah ‘Melayu’ dikaitkan dengan konsep kerajaan. Bukti sejarah menunjukkan bahawa perkataan Melayu, pada masa dahulu merujuk kepada kerajaan atau kawasan, dan bukan merujuk pada agama, manusia dan bangsa.
Istilah ‘Melayu’ sangat baru dijumpai, iaitu hasil daripada kesan penginggalan sejarah. Istilah ‘Melayu’ paling awal telah dijumpai dalam buku catatan perjalanan pengembara Cina pada zaman dinasti T’ Sang, yang dipercayai ditulis pada sekitar tahun-tahun 645-655 Masihi.
Konsep Melayu sebagai bahasa masih belum timbul pada peringkat ini. Mengikut catatan I’Tsing sekitar tahun 644-645 Masihi, terdapat sejenis bahasa yang dituturkan di Sriwijaya pada waktu itu bernama ‘K’un-lun. Bahasa’K’un-lun ini bukan sahaja dituturkan oleh penduduk tempatan tetapi juga dipelajari oleh orang asing untuk memudahkan mereka berkomunikasi sesama mereka.
Dipercayai bahawa ‘K’un-lun ini ialah satu bentuk bahasa Melayu tua yang terawal, yang dikenali juga dengan nama bahasa Melayu kuno.
Bahasa Melayu menjadi alat penyebaran agama Islam, satu agama yang tinggi martabat kebudayaannya sewaktu zaman Kerajaan Melaka, iaitu zaman keagungan kerajaan Melayu. Penggunaan bahasa Melayu begitu meluas melalui pengaruh politik Melayu pada masa itu. Hasil daripada faktor-faktor ini perkembangan bahasa Melayu begitu pesat berkembang, dan bahasa Melayu mendapat satu bentuk tulisan baru, iaitu tulisan jawi.
Perbendaharaan kata bahasa Melayu bertambah dengan pesat, iaitu hasil daripada keperluan untuk mempertahankan idea-idea baru yang datang bersama peradaban Islam. Bahasa Melayu terus berkembang, terutamanya dalam bidang kesusasteraan dan telah menjadi medium penting bagi menyampaikan kesenian Melayu-Islam pada zaman tersebut.
Orang-orang Eropah yang datang ke Nusantara bukan sahaja datang untuk berdagang, malahan mereka mempunyai niat untuk mengembangkan agama Kristian. Banyak juga daripada mereka yang menjalankan penyelidikan tentang kesusasteraan tempatan.
Dalam catatan-catatan dan penulisan-penulisan mereka, jelas kelihatan betapa penting dan luasnya penggunaan dan penyebaran yang berlaku terhadap bahasa Melayu pada ketika itu. Bahasa Melayu tersebar dengan luas dan menjadi Lingua Franca terutamanya di daerah kepulauan Melayu. Sifat bahasa Melayu yang dikatakan agak sederhana dan mudah untuk dipelajari menjadikan bahasa Melayu sentiasa mendapat perhatian pengkaji bahasa baik dari Timur mahupun orang-orang Eropah.
Dari segi perancangan bahasa, negara Malaysia mempunyai dasar bahasa yang cukup jelas, iaitu mempunyai dasar Bahasa kebangsaan, dasar bahasa rasmi, dasar bahasa pendidikan, dan dasar bahasa untuk maksud-maksud tertentu atau khusus.
Recent Entries
- SSH – last login information
- Red5 Server Installation on Centos – step by step
- No Subversion? yum install subversion doesn’t works?
- Why does a simple phpinfo causes 500 internal server error
- Google Specific Operating System Search Engine
- Garmin nuvi 205 Reviews – Portable GPS Navigator
- Story of big squirrel and a baby squirrel
- Mount /home to its own partition
- Fakta Menarik – Tahukah Anda?
- There was an error starting the GNOME Settings Daemon

July 8th, 2009 at 6:09 pm
Kepada Encik Mohdazam,boleh tlg saya x,carikan isi mengenai tahap perkembangan bahasa melayu pada zaman 30′an 60′an dan 90′an.saya perlukan segala nota ini untuk saya menyiapkan kerja kursus saya.Hal ini amat penting,saya dah cube cari,tapi malangnya cikgu saya kata tidak mengikut standard yang dia nakkan,jadi saya rasa munglin Encik Mohdazam ade sumber mengenainya.Saya perlukan bantuan encik teramat sangat………sekian terima kasih