Dari paparan di atas, kita sebagai Muslim yang telah lama dijajah, dipijak dan ditindas tidak menyedari perancangan rapi yang dilakukan pihak Barat untuk menutup fakta sejarah yang benar belaka. Selama ini kita disogok dengan sejarah palsu yang memartabatkan pihak Barat, sedangkan punca ilmu sebenarnya bermula dari para Rasul, Nabi dan Ulama’ Islam dahulu kala
Setelah itu, konsep logaritma berkembang dalam matematik seluruh dunia. Pada mulanya ahli falak Islam telah menggunakan logaritma dalam astronomi untuk pengiraan waktu sembahyang dan penentuan arah kiblat. Menariknya, ialah penggunaan nama al-Khawarizmi dalam bahasa Latin iaitu Algorithm atau Logarithm untuk mentakrifkan fungsi tersebut. Sampai kini dalam tradisi pengajian Melayu Islam, logaritma digunakan untuk tujuan pengiraan waktu ibadah dan arah kiblat Solat lima waktu.
Konsep logaritma yang telah dicetuskan oleh Abu’l-Hassan Ali bin Ahmad al-Nasawi menerusi hasil karyanya dalam bahasa Parsi yang kemudiannya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Arab dengan tajuk al-muqni’ fi’l hisab al-Hind. Ibnu Yunus al-Safadi telah menukar proses pendaraban kepada proses penambahan menerusi rumus trigonometri seperti berikut:
Read more…
January 27th, 2009 by CrusheD_LameR | No Comments »